Zulaika seorang gadis yang
periang, ceria, ringan tulang, dan cantik. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan
kejuteraan di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Setelah kematian kedua ibu dan
ayahnya akibat kemalagan jalan raya ketika pulang menghantar adik lelakinya ke
asrama, pewatakan Ika berubah. Sejak permegian kedua orang tuannya, Ika
kelihatan banyak termenung. Kesedihan Ika tidak berpanjagan, Ika telah bertemu
dengan seorang lelaki yang membuat kesedihannya terubat. Abdul Aziz merupakan teman sekelas rakan baik
Ika iaitu Aina. Namun Aziz ini terkenal sebagai seorang playboy di kalangan pelajar
kampus. Aziz pantang lihat gadis berdahi licin pasti dia akan cuba untuk
memikatnya. Semenjak kehadiran Aziz dalam hidup Ika, dia semakin ceria. Namun
kegembiran Ika tidak bertahan lama.
“Tahniah puan, anda telah di sahkan hamil dua bulan.” Kata-kata doktor itu masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran Ika. Ika seakan telah menyangka kehadiran benih hasil hubungan terlarangnya dengan Aziz. Hatinya mula gelisah memikirkan nasibnya selepas ini.
“Apa yang aku harus lakukan ini? Tidak mungkin aku mahu mengugurkan kandungan yang tidak berdosa ini?.” Bisik Ika di dalam hatinya, sambil memegang telefon bimbitnya, beliau menekan-nekan telefonnya mencari siapa yang dapat membantunya. Kemudianya Ika mengdail nombor telefon Aziz.
“Hello.” Jawab Aziz.
“Hello Aziz ini Ika, boleh kita jumpa petang ini? Ika mahu beritahu sesuatu pada Aziz.” soal Ika .
“Ika mahu beritahu apa? Kenapa tidak di dalam telefon saja? Aziz banyak kerja mahu di siapkan ni.” Balas Aziz dengan nada yang sedikit keras.
“Tolonglah Aziz, Ika merayu sangat dengan Aziz, Ika mahu jumpa dengan Aziz sekejap pun jadilah.” Rayu Ika kepada Aziz.
“Huurrrmmm, jika kerja Aziz habis cepat, petang ini kita jumpa ok” balas Aziz.
“Petang ini kita jumpa di tempat biasa ye Aziz. Asalamualaikum.” Balas ika dengan nada yang sedikit sedih.
“Yelah. Walaikumusalam.” Aziz mengakhiri perbualan telefon.
Pada petang itu, Ika telah pergi ke tempat yang telah di janjikan. Ika menanti Aziz dengan penuh kesabaran dan berharap Aziz akan muncul di sebalik kesibukan orang ramai yang sedang beriadah pada petang itu.
“Mana Aziz ni? Dia datang atau tidak ni? Hari sudah semakin lewat.” Keluh Ika sendiri di dalam hatinya yang rungsing. Aziz tidak muncul-muncul juga sambil membelek-belek telefon bimbitnya.
Hari sudah pun melewati waktu
senja. Namun kelibat Aziz tidak muncul-muncul juga. Ika sudah tidak tahan
menunggu lama lagi. Dia terus pulang dengan hampanya.
Setibanya Ika di biliknya, rakan
sebiliknya Aina terus menyampanya.
“Kau ke mana Ika?.” Soal teman sebiliknya.
“Aku keluar sekejap pergi ke taman.” Balas Ika dengan melemparkan senyuman memaksa.
“Kau berjumpa dengan Aziz ka?.” Aina menyoal lagi.
“hurmm ya, aku ingin berjumpa dengan Aziz.” Balas ika sambil mukanya berubah menjadi masam.
“Aku dah nasihatkan kau kan, jangan kau berkawan dengan Aziz tu. Kau tahukan yang Aziz tu hidung belang, buaya darat, playboy kat kampus kita ni.” Bebel Aina kepada Ika.
Ika hanya memekakkan telinganya. Dia
mencapai tualanya yang bersidai pada tingkap dan berlalu pergi.
“Tengok dia buat bodoh ja apa yang kita cakapkan.” Dengan mukanya yang berkerut-kerut sambil memandang keluar pintu.
Aina Natasya merupakan teman
sebilik Ika dan juga teman baik Ika. Aina seorang gadis yang kasar,
periang dan baik hati. Aina dan Ika
sudah seperti adik beradik. Semenjak pemergian kedua orang tua Ika, Ainalah
menjadi tempat Ika meluahkan perasaan.
Pada malam itu Ika berbaring di atas katil sambil merenung ke skrin telefon bimbitnya. Fikiran dia asyik memikirkan nasibnya, nasib anak yang di kandunngnya dan mengenai Aziz.
“Kenapa Aziz tidak datang berjumpa aku petang tadi? Mungkin dia sibuk atau dia memang dah lupakan aku?” bisik Ika sendiri di dalam hatinya.
Sedang Ika asyik mengelamun
sendiri, datang rakan sebiliknya Aina menyergah Ika.
“Ha!! Apa yang kau tenungkan tu?” sergah Aina.
“Subahanallah, terkejut aku Aina. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau ada, dah mati aku malam ni.” Marah Ika kepada Aina.
“ Janganlah kau cakap macam tu. Aku tak mahulah kawan baik aku ni mati. Aku sayangkan kau. Kalau kau mati sapa nak tolong aku basuh kain, kejutkan aku pagi-pagi, tolong aku belikan makan?” pujuk Aina.
“ Pandailah kau nak membodek aku ni. Mesti ada apa-apa ni. Cuba kau bagi tahu aku apa yang kau nak mintak tolong ni?” balas Ika sambil memcubit kedua pipi rakannya.
“Tak adalah, aku tengok kau sejak pulang dari klinik tempoh hari macam rungsing ja. Kau ada sembunyikan sesuatu ka dari aku ni?” soal Aina
“Mana ada? Aku nak sembunyikan apa dari kau?” balas Ika sambil tangan menyentuh-nyentuh skrin telefonnya.
“Yelah tu, tak megapalah, kalau kau ada masalah jangan malu atau takutlah nak kongsikan dengan aku. Mana aku boleh tolong aku akan tolong kau. Kitakan dah macam adik-beradik.” Balas Aina sambil merebahkan badannya di atas tilam.
“Baiklah nenek. Sudah-sudah, cepat tido.” Balas Ika sambil menutup lampu mejanya.
Ika seboleh-bolehnya cuba untuk menyembunyikan
benih yang kian membesar di dalam perutnya. Namun dia terfikir sampai bila dia
mahu merahsiakan perkara ini. Lambat laun akan di ketahui oleh Aina dan
rakan-rakan sekuliah yang lain. Pada kesokannya, Ika teserempak dengan Aziz
yang sedang berjalan bersama-sama dengan seorang wanita ketika dia sedang
berjalan menuju ke kelas.
“Aziz..” jerit Ika.
“Eh Ika, awak mahu ke mana ni?” soal Aziz dengan muka yang agak terkejut.
“Kenapa Aziz tidak datang jumpa Ika semalam? Lama Ika tunggu Aziz di taman.” Soal ika tanpa mengendahkan pertanyaan Aziz.
“Semalam Aziz banyak kerja sangat. Sedar-sedar hari sudah malam. Maafkan Aziz ye Ika. Aziz tidak sengaja sangat.” Balas Aziz sambil tangannya membuat isyarat meminta maaf.
“ Hurm.... tak megapalah. Aziz siapa perempuan ini?” soal ika sambil menundingkan jari kearah wanita yang berada di sebelah Aziz.
“oh.. ini kawan Aziz. Nama dia Dian. Dian ini Ika, kawan sekelas dengan Aziz.” Balas Aziz sambil memperkenalkan Ika kepada Dian.
“Kawan?” rungut di dalam hati Ika sambil bersalaman dengan Dian.
“Ika , Aziz kene pergi dulu ini. Kelas Aziz dah nak mula. Nanti kita jumpa.” Aziz terus berlalu pergi meninggalkan Ika.
Selepas dari pertemuan dengan Aziz, pikiran Ika menjadi tidak menentu. Ketika di dalam kelas Ika sering
termenung dan tidak menumpukan perhatian pada kuliah.
“Asalamualaikum.” Ucap Syahir.
“Walaikumusalam.” Balas pelajar.
“Nama saya Ahmad Syahir. Saya akan mengajar kamu bagi mengantikan Puan Asyikin yang sedang berpantang. Saya merupakan pensyarah baru di sini.” Ucap Syahir dengan panjang lebar.
Semua pelajar di dalam kelas itu
berasa gembira dengan kehadiran seorang pensyarah yang tampan mengajar mereka.
Syahir seorang graduan lepasan universiti kejuruteran di Perancis. Beliau telah
di panggil oleh pihak universiti di mana tempat Ika sedang melanjutkan
pelajaran sebagai pensayarah sementara bagi mengisi kekosongan yang telah di
tinggalkan oleh Puan Asyikin.
Ketika pelajar lain memberikan fokus kepada pelajaran yang sedang di ajar oleh pensyarah, Ika asyik temenung. Ika langsung tidak memberikan perhatian kepada kuliah. Sikap Ika telah menarik perhatian Syahir. Beliau berasa hairan kerana pelajar perempuan di dalam kelas tersebut berpusu-pusu mengajukan soalan kepadanya. Namun Ika tidak seperti mereka. Ika asyik temenung sambil memandang kearah perut. Sikap Ika menimbulkan pelbagai persoalan buat diri Syahir. Ketika di penghujung kelas ketika Ika sedang berjalan keluar, Syahir telah menegur dan memanggil Ika.
“Cik.. cik..” panggil syahir beberapa kali.
“Ye saya, maaf encik saya tidak perasan.” Balas Ika.
“Nama kamu siapa?” tanya Syahir.
“Zulaika. Encik boleh panggil Ika.” Balas Ika.
“oh... Ika saya pelik tengok kamu. Di dalam kelas tadi orang lain asyik mengajukan soalan kepada saya kenapa kamu saya lihat temenung? Kamu ada masalah ke?” tanya Syahir lagi.
“tak ada masalah apalah encik. Saya kurang sihat sikit hari ini. Kepala saya sakit.” Balas Ika sambil tangganya memicit-micit kepalanya.
“kamu sakit. Kalau macam tu mari saya hantarkan kamu ke klinik.” Pelawa Syahir.
“tidak megapalah encik. Nanti hilanglah sakit kepala ni. Saya mintak diri dulu ya. Saya nak balik ke asrama nak berehat.” Balas Ika sambil beredar pergi.
Perasaan Syahir kuat mengatakan yang Ika sedang menghadapi masalah. Tingkah laku Ika membuat Syahir ingin mengetahui latar belakang Ika. Ketika di pejabat Syahir bertannya kepada salah seorang pensyarah yang turut mengajar kelas Ika.
“ Khai, aku nak tanya kau sesuatu ni?” soal Syahir sambil menarik kerusi di mejanya.
“Kau mahu tanya apa?” balas Khairul sambil tangannya ligat menaip.
“Kau kenal tak seorang pelajar bernama Zulaika?” soal Syahir lagi.
“Zulaika?? Kat kampus kita ni ramai pelajar nama Zulaika. Kelas yang aku mengajar ada tiga empat orang yang nama Zulaika. Yang mana satu ni?” balas Khairul sambil tangannya berhenti menaip.
“Zulaika budak semester dua Kejuteraan Mekanikal.” Balas syahir lagi sambil membuka buku laporan yang teletak di hadapanya.
“Zulaika budak sem dua kejuruteraan Mekanikal?” balas Khairul sambill tangannya memicit-micit keppala untuk mengigati setiap wajah pelajarnya.
“Alah kau ni khai, yang putih-putih pakai tudung macam Yuna tu.” Balas Syahir memberikan klu kepada Khairul.
“Oh.. yang tu. Baru aku ingat. Kenapa pulak kau tanya pasal budak Ika ni? Kau dah berkenan ke apa?” Usik Khairul.
“Eh.. mana ada. Macam ni, aku tengok dia ni pendiam je. Asyik termenung. Aku mengajar dekat depan dia termenung langsung tidak memberikan tumpuan. Dia ni pelajar bermasalh ke?” Terang Syahir kepada Khairul.
“Ika ni sebenarnya pelajar cemerlang. Setiap semester dia dapat anugerah dekan. Aku pun hairan dengaan tingkah laku dia sejak dua menjak ni. Aku banyak kali juga tegur dia. Bukan kau seorang je yang tanya pasal Ika ni. Pensyarah yang lain pun bertanya soalan yang sama dekat aku. Aku tak tahulah apa masalah dia ni.” Balas Khairul dengan panjang lebarnya.
“Pelik juga dia ni.” Balas Syahir.
“oh lupa aku nak cakap. Ika ni sebenarnya seorang anak yatim. Orang tuanya meninggal sebab kemalangan. Kejadian tu berlaku masa die sem 2. Lepas kejadian tu memang dia muram dan banyak termenung. Lepas aku mintak kaunselor panggil dia. Dah mula ada perubahanlah.” Terang Khairul lagi.
“Jangan-jangan dia teringat dekat arwah kedua orang tua dia?” tanya Syahir.
“Entahlah. Kemungkinan dia teringatkan arwah orang tua dia.” Balas Khairul sambil megangkat bahunya.
Sejak dari hari itu, Syahir asyik
memikirkan tentang Ika. Dia terpikir untuk menyiasat apa sebenarnya telah
berlaku pada Ika. Pada petang itu, Ika telah pergi ke rumah sewa Aziz untuk
bertemu dengan Aziz. Beliau nekad untuk pergi berjumpa dengan Aziz dan
memberitahu Aziz mengenai bayi yang
sedang membesar di dalam perutnya itu.
“Asalamualaikum...” ucap Ika.
“Walaikumusalam..” terdengar suara seorang wanita yang menbalas salam yang di berikan oleh Ika. kemudian keluar seorang wanita.
“eh.. ini bukan perempuan yang aku jumpa pagi tadi ke bersama dengan Aziz? Apa dia buat dekat sini?” tanya Ika di dalam hatinya.
“ye.. cari siapa?” soal wanita tersebut.
“Aziz ada?” balas Ika.
“sekejap ye.” Balas wanita itu, dan berlalu masuk ke dalam.
“apa hubungan wanita ini dengan aziz? Kekasih baru dia ke? Arrrgghhh tak mungkin. Aziz tak mungkin curang dengan aku. Dia kata akan bertanggungjawab ke atas aku andai kata aku hamil.” Rungut Ika sendiri sambil meramas beg tangannya. Selepas lima minit Aziz muncul di depan muka pintu. Ika bergitu gembira melihat Aziz.
“Kenapa Ika datang ke rumah Aziz ni? Semalam Aziz dah bagi tahukan kita berjumpa dekat tempat biasa petang ni.” Soal Aziz dengan nada yang sedikit marah.
“Ika mahu berjumpa dengan Aziz. Tapi Azizi selalu saja mengelak bila Ika mahu jumpa. Aziz dah tak sayangkan Ika kan.” Jawab Ika sambil menjebikkan bibir.
“Aziz sayang kan Ika. Tapi Ika kenelah faham. Aziz sekarang ni tengah sibuk. Assigment tengah banyak semua mahu di siapkan segera.” Balas Aziz dengan panjang lebar.
“hurm.... yelah Ika faham. Tapi Aziz sebenarnya Ika ada sesuatu mahu beritahu pada Aziz ni.” Balas Ika.
“Ika mahu beri tahu apa? Cakapkan jelah.” Soal Aziz.
Belum sempat Ika memberitahu Aziz
tentang kandungannya, Dian keluar memanggil Aziz.
“sayang.. kawan you call ni.” Panggil Dian.
“sayang??” kata Ika dalam hatinya. Dengan perasan yang mula curiga, Ika terus menyoal Aziz siapa sebenarnya Dian.
“Aziz, ika mahu Aziz jujur dengan Ika. Siapa sebenarnya Dian ni?” soal ika dengan nada marah.
“Dian ni adik Aziz.” Jawab Aziz dengan nada yang lembut.
“tak kan adik boleh panggil sayang. Baik Aziz jujur.” Tegas Ika lagi.
“betul. Adik. Ika tolong pecayakan Aziz.” Rayu Aziz.
Dian keluar dengan membawa
telefon di tangan.
“Sayang ini kawan you telefon. I panggil you, tapi you tak dengar.” Kata Dian.
“sudah!! Kau penipu Aziz kau penipu. Kau kata kau sayang dan cinta pada aku. Dulu kau janji kau tak akan mempermainkan perasaan aku. Sekarang aku dah mengandungkan anak kau tahu tak. Setelah aku serahkan kehormatan aku pada kau ini balasan kau.” Jerit Ika sambil melempang muka Aziz.
“hey perempuan kenapa kau tampar muka dia ni? Kau ni siapa ha?” Jerit Dian lalu menampar muka Ika.
Ika memegang pipinya yang telah
di tampar oleh dian. Rasa sakit di pipinya tidaklah sesakit hatinya yang telah
luka kecawa. Ika terus beredar dari situ berlari sambil titisan airmatanya
mengalir di pipi. Sedang dia belari mengikut gerak langkah kaki yang membawa
dirinya tiba-tiba, “pinnnn....” Ika menoleh dan melihat sebuah kereta sedang
menuju laju ke arahnya. Lalu Ika rebah di tengah jalan.
“Ika...” panggil Aina yang cuba mengejutkan Ika.
“Aku dekat mana ni Aina.” Soal Ika yang dalam keadaan kebingungan.
“kau dekat hospital sekarang ni. Kau tadi pengsan dekat tengah jalan. Nasib baik kau tak di langgar oleh kereta.” Jawab Aina sambil mengambil kain lalu di sapunya pada muka Ika.
“Aziz.... Aziz curang dengan aku Aina. Aziz penipu. Dia sudah ada perempuan lain Aina.” Ika menagis apabila teringatkan peristiwa yang telah berlaku di rumah Aziz.
“sudahlah Ika. Aku dah tahu dah segalanya. Aku dah tahu yang kau sedang mengandung sekarang ini. Aku tahu semua yang telah terjadi ke atas diri kau.” Jelas Aina yang cuba memujuk Ika.
“Mana kau tahu semuanya tentang aku Aina?” soal Ika yang kehairanan dengan pengakuan Aina.
“Masa kau pergi ke klinik tempoh har, aku ada katakana pada kau yang aku mahu ke tandas bukan? Sebenarnya aku tipu kau. Aku pergi berjumpa dengan doktor dan berntanyakan apa sebenar sakit kau ni. Aku dah memang syak yang kau ni mengandung. Gaya kau, tingkah laku kau, dah buat aku rasa syak sesuatu. Lepas dari itu, aku pergi berjumpa dengan Aziz menayakan apa yang dah korang lakukan. Tapi Aziz menafikan semuanya. Aku berang, aku tumbuk muka Aziz sampai pecah bibirnya.” Jelas Aina dengan panjang lebarnya.
“maafkan aku Aina sebab dah banyak menyusahkan engkau.” Balas Ika yang terharu dengan tindakan yang telah kawanya lakukan demi ingin membela nasib dirinya.
Mereka berdua saling berpelukan
sambil titisan airmata mengalir di pipi. Sedang mereka melayan perasaan, mereka
tidak sedar yang Encik Syahir mencuri-curi dengar perbualan mereka. Tiba-tiba
Encik Syahir muncul di sebalik tirai.
“Asalamualaikum.” Ucap Encik Syahir.
“walaikumusalam.” Balas mereka berdua dengan muka yang agak terkejut melihat kehadiran Encik Syahir.
“Macam mana keadaan kamu Ika?” Soal Encik Syahir.
“alhamdulilah Encik baik aja.” Balasnya sambil menundugkan pandangan kerana berasa malu dengan kehadiran Encik Syahir.
“Ika boleh saya mahu bercakap dengan kamu sebentar. Tapi bukan di sinilah saya mahu membawa kamu mengambil angin di luar.” Soal Encik Syahir sambil mempelawanya untuk di bawa bersiar-siar.
“Hurm....” pikir Ika.
“terima sajalah pelawaan itu Ika. Lagi pun tak adalah kau Asyik terperap je dalam Wad ni.”dorong Aina kepada Ika.
“hurm.. baiklah.” Balas Ika tanda setuju.
Encik Syahir mengangkat ika ke
atas kerusi roda lalu menolaknya membawa
pergi ke taman yang berada di tingkat bawah hospital tersebut. Sepanjang
perjalan menuju ke taman tersebut, masing-masing membisu seribu bahasa.
Setibanya di taman, Syahir mencari tempat utuk dia duduk. Setelah duduk Encik
Syahir membuka bicara.
“Ika saya nak tanya kamu satu soalan?” Soal Encik Syahir.
“Soalan apa?” Balas Ika.
“Apa sebenarnya masalah kamu?” soal Encik Syahir yang berpura-pura tidak tahu masalah yang telah di hadapi oleh Ika.
“Saya tak ada apa-apa masalah encik. Saya ok saja.” Balas Ika yang cuba mengelak uuntuk menceritakan hal yang sebenar.
“kamu jangan nak membohongi saya lah Ika. Saya tahu kamu sedaang hadapi masalah.” Balas Syahir yang cuba mendesak Ika untuk di ceritakan masalahnya.
“kalau saya ada masalah pun bukan Encik boleh dapat membantu saya. Biarlah saya seorang saja yang menangung semua ini. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa.” Balas Ika sambil air matanya mula menitis.
“Ika kamu tahu saya tidak dapat membantu kamu. Kamu belum menceritakan apa-apa pada saya.” Pujuk Encik Syahir.
“sudahlah Encik. Hantarkan saya kembali ke Wad. Saya rasa udara di sini kurang segar.” Pinta Ika.
“tunggu sekejap Ika. Sebenarnya sejak saya mula mengajar kelas kamu, saya sudah mula tertarik dengan kamu. Sejak dari itu, saya ingin tahu tentang diri kamu. Ika saya sudah jatuh cinta pada kamu.” Luah encik Syahir.
“huh... Kata-kata lelaki. Semuanya palsu. Apa yang di ungkapkan semuanya hanya sekadar ungkapan di bibir saja.” Balas ika yang sudah muak dengan ungkapan seperti itu.
“ika saya ikhlas. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati kamu ika. memang saya tahu saya luahkan perasaan saya ini pada masa yang tidak tepat. Tapi Ika percayalah, saya memang sudah jatuh cinta pada kamu.” Rayu Encik Syahir.
“Hurm.... Encik nak tahu apa masalah saya? Saya ini perempuan kotor encik. Saya ini penuh dengan dosa encik. Ini di dalam perut saya, sedang membesar benih anak yang tidak berdosa hasil dari ketelanjuran dan kebodohan ibunya mempercayai lelaki hidung belang. Encik sanggup ke mencintai saya.” Jelas Ika mengenai dirinya yang sudah tidak lagi memiliki mahkota diri.
“Ika.. setiap manusia tidak pernah terlepas dari dosa. Kamu manusia dan saya pun juga manusia. Saya juga tidak terlepas dari dosa. Masakan saya patut memandang hina terhadap kamu, menghukum kamu sedangkan saya ini pun tidak terlepas dari dosa. Saya tidak layak menghina kamu dan saya tidak layak untuk menghukum kamu. Saya akan bertanggungjawab di atas semuanya yang telah terjadi kepada kamu.” Jelas Encik Syahir sambil melutut di hadapan Ika.
“Encik, tak kan encik mahu menjadi pak sanggup semata-mata perasaan cinta encik pada saya. Maaf encik saya tidak mahu orang kata saya sengaja mengambil kesempatan pada encik.” Ika cuba mengelak dari menerima perasaan cinta dari Encik Syahir.
“Ika mulut orang tidak boleh di tutup. Dari bayi ini tidak berbapak. Biarlah saya yang menjadi bapaknya. Walaupun dia buka zuriat saya.” Pujuk Encik Syahir lagi.
“hurm.. sebenarnya encik saya malu dengan encik. Encik terlalu bai orangnya. Mana layak encik mendapat orang seperti saya.” Bala ika dengan perasaan merendah diri.
“Ika jodoh itu telah di tetapkn oleh Allah. Kalau kamu di tetapkan jodoh saya tak mungkin saya mampu untuk mengatakan tidak sedangkan jodoh itu di tetapkan olehnya.” Jelas Syahir lagi.
“rupanya di sebalik kesusahan yang saya tanggung ini ada kebaikan buat diri saya.” Balas Ika.
“Setiap ujian pasti ada hikmah. Allah tidak turunkan ujian ke atas hambanya melainkan hambanya mampu untuk menghadapinya.”Balas Syahir lagi.
“baiklah encik. Terima kasih kerana sudi melakukan semua ini untuk saya. Sedangkan saya ini sudah tidak punya apa-apa.” Balas Ika.
“Ini namanya pelangi sesudah hujan. Walapun kita di timpa dugaan tapi di hujungnya pasti ada ganjaranya bagi orang yang bersabar menghadapi ujian.” Balas Syahir sambil menolak kerusi roda untuk kembali ke wad.