~ WeLc0mE t0 mY bLog

blog ini adalah luahan hati aku !!!!!!!!
dan disamping itu dapatlah berkongsi-kongsi nasihat sesama umat islam <3 <3

Rabu, 15 Ogos 2012

MASA SILAM

Perkara yang telah berlalu atau erti kata lain kisah silam merupakan satu perkara yg telah kita lalui. Perkara ini ada manisnya dan ada pahitnya. Tapi tidak semua perkara itu akan kita ingati. Satu perkara yang sangat istimewa sahaja akan kita ingati sampai bila-bila.

 Masa silam memberikan kita 1001 pegalaman yang akan mendewasakan kita. Masa itu mengajar kita erti kehidupan sebenar untuk menjadikan kita lebih dewasa dan matang dari segenap aspek. Jika di lihat dari peradaban dunia sekali pun merujuk kepada masa silam untuk menjadi lebih maju.

Sesetengah orang berpendapat masa silam ini sangat istimewa dan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri untuk di ingati dan di kenang. Setiap dari kita pasti mempunyai masa silam yang pahit dan yang manis. hidup ini perlu mempunyai keseimbang. Jika kita asyik merasa gembira kita tidak akan rasa saat yang menyedihkan atau memilukan. Sebab itu hidup kita ini perlu merasa semua keadaan untuk menjadi lebih baik.

Justeru itu jadikan lah masa silam kita itu sesuatu saat yang mengajar kita menjadi lebih baik. Hargailah setiap masa yang mendatang supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.