~ WeLc0mE t0 mY bLog

blog ini adalah luahan hati aku !!!!!!!!
dan disamping itu dapatlah berkongsi-kongsi nasihat sesama umat islam <3 <3

Rabu, 12 September 2012

Wanita Solehah Anugerah Ilahi yg Tidak Ternilai

Wanita merupakan golongan yang dilihat dari zahir mereka lemah lembut, bersopan santu, cantik dan penyabar. Namun tidak semua golongan wanita yang mempunyai kebnyakan perkerti sebergini. Kebanyakan wanita kini dilihat dengan perangai sosial mereka yang tidak menutup aurat, kasar dan sebagainya.

Namun bergitu dalam kalangan ini wujud satu golongan yang di lebel sebagai wanita solehah. golongan ini sangat istimewa. Dari segi penampilan, mereka mengenakan pakaian yang labuh kadang kala ada yang mengenakan purdah. dari aspek perkerti pula, golongan ini sangat mementingkan adap sopan, hubungan dengan pencipta, ibu bapa, serta pandai menguruskan rumah tangga. Tidak hairanlah ramai jejaka masa kini mula beralih arah mencari golongan sebergini yang di katakan mampu memberikan kerbahagian di dalam satu rumah tngga itu.

Golongan ini sangat "limited". Ibarat satu dalam sejuta. Wanita ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai buat seseorang insan yang mampu memilikinya. Jika kita mampu memiliki golongan sebergini sudah pasti bertuahlah tuan punya badan. Namun untuk memiliki mereka kita perlu lah mencermin diri kita sendiri sama ada layak atau tidak. Wanita solehah utk lelaki solehah. Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri. sentisalah berdoa kepada yang maha esa. Semoga kita semua di jodohkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah.

Isnin, 3 September 2012

USAHA dan TAWAKAL

Dalam hidup ini usaha dan tawakal merupakan perkara yang seiring antara satu sama lain. Di dalam islam, usaha dan tawakal sangat penting. Kebiasannya usaha mendahului tawakal.

Usaha merupakan satu perbuatan yang kita lakukan secara bersungguh-sungguh untuk mendapatkn sesuatu atau mnyelesaikan sesuatu. Tawakal pula menyerahkan untung nasib selepas usaha yang kita lakukan kepada ALLAH SWT.

Justeru itu, dalam hidup kita setiap perkara yang kita lakukan mestilah di dahului dgn usaha kmudian kita betawakal. Mohonlah kepada yang maha esa semoga hidup kita sentiasa di limpahi rahmatnya.